Pengenalan

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan usaha berterusan dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di sekolah. Pendedahan hasil daripada program ini sedikit sebanyak mampu mendidik murid-murid terutamanya di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga dan komuniti sekitarnya.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Sifar Dadah Tahun 2015.”



Visi
Sekolah Sifar Dadah 2015
Misi

Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu, menyeluruh, mantap daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.